Nilai Sebuah Pengorbanan

Permata Iman

welcome

Lorem Ipsum is simply dummy text of the printing and typesetting industry. Lorem Ipsum has been the industrys standard dummy text ever since the 1500s, when an unknown printer took a galley of type and scrambled it to make a type specimen book. It has survived not only five centuries, but also the leap into electronic typesetting, remaining essentially unchanged. It was popularised in the 1960s with the release of Letraset sheets containing Lorem Ipsum passages, and more recently with desktop publishing software like Aldus PageMaker including versions of Lorem Ipsum.

Nilai Sebuah Pengorbanan


         Bagi umat Islam kisah pengorbanan yang dilakukan oleh nabi Ibrahim as ketika peristiwa menyembelih anaknya nabi Ismail as adalah suatu bentuk ketundukan dan lambang ketaatan yang cukup tinggi dalam menjunjung titah perintah Allah swt di mana peristiwa ini mereka kaitkan dengan ibadah haji dan ibadah korban yang disambut setiap tahun. Ketaatan yang ditunjukkan oleh nabi Ibrahim as terhadap perintah Allah swt ini telah dirakam oleh Allah swt di dalam Al-Quran yang sampai ke hari ini dibaca oleh seluruh umat Islam.  Firman Allah swt:

“Ya Tuhanku, anugerahkanlah kepada ku (seorang anak) yang termasuk orang-orang yang saleh. Maka Kami beri dia khabar gembira dengan seorang anak yang amat sabar. Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim berkata: “ Hai anakku sesungguhnya aku melihat didalam mimpi bahawa aku menyembelihmu.

           Maka fikirkanlah apa pendapatmu!’ ia menjawab “Hai bapaku kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu; insya Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar”. Tatkala keduanya telah berserah diri dan Ibrahim membaringkan anaknya atas pelipatnya, (nyatalah kesabaran keduanya). Dan Kami panggillah dia: “Hai Ibrahim, sesungguhnya kamu telah membenarkan mimpi itu, sesungguhnya demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik.

Sesungguhya ini benar-benar satu ujian yang nyata. Dan Kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar. Kami abadikan untuk Ibrahim itu (pujian yang baik) di kalangan orang-orang yang datang kemudian. (iaitu) : “Kesejahteraan dilimpahkan atas Ibrahim”. Demikianlah Kami memberikan balasan kepada orang-orang yang berbuat baik. Sesungguhnya ia termasuk hamba-hamba Kami yang beriman”

         Umat Islam perlu memahami bahawa setiap peristiwa dan kisah-kisah yang dipaparkan di dalam Al-Quran adalah sesuatu yang mesti diambil pengajaran darinya. Firman Allah swt:

“Sesungguhnya pada kisah-kisah mereka itu terdapat pengajaran bagi orang-orang yang mempunyai akal. Al Quran itu bukanlah cerita yang dibuat-buatkan tetapi membenarkan (kitab-kitab) yang sebelumnya dan menjelaskan segala sesuatu dan sebagai petunjuk dan rahmat bagi kaum yang beriman”

         Begitulah kisah pengorbanan yang ditunjukkan oleh nabi Ibrahim as terhadap perintah Allah swt. yang menciptakan dirinya. Semoga momentum kisah korban nabi Ibrahim as dan nabi Ismail as itu akan dapat memotivasikan kita sebagai umat Islam agar terus berusaha untuk menjadi umat yang terbaik serta tunduk kepada perintah Allah swt. Satu persoalan yang perlu dilontarkan kepada diri kita sebagai umat yang diiktiraf oleh Allah swt ialah; adakah kita hari ini telah menjadi seorang hamba yang benar-benar memiliki  “ciri-ciri pengorbanan” yang sama seperti pengorbanan nabi Ibrahim as.

Sebagai umat nabi Muhammad saw kita perlu melihat bahawa sebenarnya kisah kehidupan Rasulullah saw itu jika dikaji dan difahami satu persatu sejak mula turunnya wahyu yang pertama – surah Al-A’laq - hinggalah tertegaknya daulah Islam di Madinah, jelas memaparkan kepada kita bahawa perjalanan hidup Rasulullah saw itu sebenarnya penuh dengan pengorbanan diri dan harta baginda saw sendiri. Untuk itu, Allah swt telah memerintahkan kepada kita agar menjadikan kehidupan Rasulullah saw sebagai suri tauladan: Firman Allah swt :

 “Sesungguhnya  telah ada pada (diri) Rasulullah saw itu suri tauladan yang baik bagimu ( iaitu) bagi orang yang mengharapkan (rahmat) Allah swt dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah swt.

“Katakanlah: “jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu.” Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”

“Apa yang diberikan Rasul kepadamu maka terimalah ia. Dan apa yang dilarangnya bagimu maka tinggalkanlah; dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah sangat keras hukuman-Nya.”


Berdasarkan hal inilah maka umat Islam hari ini perlu menyedari bahawa di dalam diari kehidupan mereka mestilah ada konsep “pengorbanan” yang perlu dicatatkan sebagai sesuatu yang mesti diperjuangkan di dalam kehidupan ini bagi melayakkan diri mereka untuk mendapatkan ridhaNya.  


0 comments:

Post a Comment