LENSA SEKITAR KEJADIAN GEMPA BUMI DI HAITI....
AMBILLAH IKTIBAR DARIPADA KEJADIAN INI....
TANGGAL 13 Januari, 2010 nampaknya bukanlah satu permulaan yang baik bagi tahun baru buat penduduk Haiti, sebuah negara pulau kedua terbesar di Lautan Carribean yang terletak kira-kira 77 kilometer di tenggara Cuba.
Tragedi gempa bumi sekuat 7 pada skala Richter yang berlaku pada pukul 4.53 petang waktu tempatan dan berpusat 15 kilometer dari barat Port-au-Prince, ibu negara Haiti itu, nyata memberi tamparan hebat buat negara miskin tersebut yang hanya bergantung kepada sektor pertanian sebagai sumber pendapatan utamanya.
Bencana tersebut disifatkan sebagai paling kuat dan paling buruk pernah melanda Haiti sejak 200 tahun lalu. Gempa bumi tersebut telah menyebabkan banyak bangunan dan infrastruktur ranap, selain meragut ratusan ribu nyawa.- petikan Utusan Malaysia 20 Jan 2010.
Penduduk Haiti terpaksa bermalam di tepi jalan di Port-au-Prince, ibu negara Haiti
Tidak seberapa lama selepas gempa bumi. Habuk daripada runtuhan menyelubungi kawasan gempa.
Gambar kawasan gempa yang diambil sehari selepas gempa bumi melanda Haiti
Istana Presiden turut musnah dalam gempa bumi. Namun, Presiden Haiti dan isterinya terselamat.