Aurat Kita..

Permata Iman

welcome

Lorem Ipsum is simply dummy text of the printing and typesetting industry. Lorem Ipsum has been the industrys standard dummy text ever since the 1500s, when an unknown printer took a galley of type and scrambled it to make a type specimen book. It has survived not only five centuries, but also the leap into electronic typesetting, remaining essentially unchanged. It was popularised in the 1960s with the release of Letraset sheets containing Lorem Ipsum passages, and more recently with desktop publishing software like Aldus PageMaker including versions of Lorem Ipsum.

Aurat Kita..


Pada masa sekarang, ramai umat Islam yang tidak menitikberatkan soal batasan aurat terutama kaum wanita. Di sana sini kita boleh melihat orang yang membuka aurat secara berleluasa... Tanpa segan silu mereka berjalan di muka bumi Allah dengan membuka dan menayangkan aurat mereka...Sedarkah mereka bahawa semua itu HARAM di sisi Allah Taala, seterusnya boleh mengundang kemurkaan-Nya... Apa gunanya kita hidup bersenang-lenang di muka bumi ini tanpa menjaga hati tuan miliknya...Setiap detik diri mereka  terus menerus dibebani dosa-dosa akibat perbuatan maksiat mereka...Kita perlu muhasabah diri agar kita hidup penuh dengan keberkatan daripada Allah Subhanauwa Taala... 

Berpakaian yang tidak membayangkan kulit dan bentuk tubuh.

Antara tujuan berpakaian menurut Islam ialah untuk menutup atau melindungi bahagian-bahagian tertentu pada badan. Tetapi sekiranya wanita tersebut memakai pakaian yang nipis atau jarang sehingga boleh dilihat warna kulitnya dan aurat yang sepatutnya ditutup, maka ini bererti pakaian yang dipakainya sudah tidak berfungsi lagi. Wanita yang berpakaian sebegini disifatkan oleh Rasulullah s.a.w. sebagai wanita berpakaian tetapi berbogel. Mereka bukan sahaja dilaknat oleh Allah s.w.t. tetapi juga tidak berpeluang untuk mencium bau syurga. Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud :
“Akan terdapat pada akhir-akhir umatku (kaum wanita) yang berpakaian menutup badan dan telanjang (yang berpakaian nipis atau membayangkan kulit badan/bentuknya), atas kepala mereka, laknatilah mereka sesungguhnya mereka golongan yang terlaknat.”

Tidak memakai pakaian yang ketat.

Antara tujuan menutup aurat ialah untuk mengelak dari berlakunya fitnah. Sekiranya wanita itu berpakaian ketat sehingga jelas kelihatan potongan badan dan bahagian-bahagian anggota tubuh badannya maka keadaan ini boleh menimbulkan fitnah yang berakhir dengan pelbagai bentuk jenayah yang dikutuk oleh agama.

Usamah Bin Zaid menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. telah menerima hadiah sejenis kain Qibtiah yang tebal daripada seorang yang bernama Dahiyah Al-Kalbi dan Rasulullah menghadiahkan pula kain tersebut kepada beliau (Usamah) untuk dibuat pakaian, tetapi Usamah pula memberikan kain tersebut kepada isterinya. Suatu hari Rasulullah bertanya Usamah, “Kenapa engkau tidak memakai kain Qibtiah itu?” Usamah menjawab, “Aku telah berikannya kepada isteriku.” Lalu Rasulullah berkata kepada Usamah : “Suruhlah isterimu mengalaskan kain tersebut dengan kain yang lain di bawahnya kerana aku bimbang sekiranya kain tersebut tidak dialas, maka akan kelihatanlah besar kecil tulang-tulang badan isterimu (bentuk tubuh badan isterimu).”

Tidak memakai bauan yang boleh menarik perhatian lelaki.

Abu Musa al-Asy’ari r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :
“Sesiapa jua wanita yang memakai minyak wangi kemudian melintasi khalayak ramai dengan tujuan supaya dihidu bau wangi yang dipakainya, maka dia dikira berzina.”

Zainab al-Thaqafiah pula menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud :
“Jika salah seorang daripada kamu (kaum wanita) keluar untuk beribadat di masjid, janganlah memakai bau-bauan.”

Jika difahami maksud hadis tersebut, kaum wanita yang hendak ke masjid pun dilarang memakai bau-bauan apatahlagi bagi mereka yang keluar bersiar-siar, ke tempat kerja dan sebagainya. Sudah tentu kesalahannya di sisi agama lebih besar.


0 comments:

Post a Comment