Lorem Ipsum is simply dummy text of the printing and typesetting industry. Lorem Ipsum has been the industrys standard dummy text ever since the 1500s, when an unknown printer took a galley of type and scrambled it to make a type specimen book. It has survived not only five centuries, but also the leap into electronic typesetting, remaining essentially unchanged. It was popularised in the 1960s with the release of Letraset sheets containing Lorem Ipsum passages, and more recently with desktop publishing software like Aldus PageMaker including versions of Lorem Ipsum.
Murabbi dalam Islam membawa maksud yang luas melebihi tahap muallim(guru). Konsep Murabbi merujuk kepada pendidik yang bukan sahaja mengajarkan sesuatu ilmu tetapi dalam masa yang sama cuba mendidik rohani, jasmani, fizikal dan mental anak didiknya untuk menghayati dan mengamalkan ilmu yang telah dipelajari.
Justeru, Murabbi lebih menumpukan penghayatan sesuatu ilmu, sekali gus membentuk keperibadian, sikap dan tabiat anak didiknya. Oleh itu, tugas “Muallim” banyak berlegar di “akal” tetapi tugas Murabbi berlegar di “hati". Jadi adalah penting bagi seseorang pendidik memahami makna dan konsep seorang murabbi. Ini bagi menjamin masa depan anak-anak didik cerah seterusnya mampu melahirkan insan yang berjaya di dunia dan akhirat. Sebagai pendidik atau Murabbi, kita perlu mengikhlaskan diri dengan menetapkan niat sebenar kita untuk mendidik anak-anak didik kita agar mereka mudah memahami ilmu yang disampaikan.
Pada zaman sekarang kita boleh melihat kebanyakan guru atau pendidik hanya menitikberatkan kandungan pelajaran semata-mata tanpa mengendahkan kepada penghayatan nilai-nilai murni yang ada dalam pelajaran yang diajarkan. Mereka hanya memberi penekanan kepada ujian dan peperiksaan yang hanya menilai pengetahuan anak-anak didik, sedangkan mereka tidak mengamalkan ilmu dan nilai-nilai yang diperolehi ke dalam kehidupan seharian.
Walaupun anak didik tersebut mendapat kecemerlangan yang baik dalam ujian, ini tidak bermakna mereka cemerlang dalam soal akhlak dan rohani. Hal ini perlu kita sama-sama renungkan agar generasi intelek yang bakal muncul kelak lahir bersama-sama dengan akhlak dan rohani yang mulia. Wassalam...
Kota Bharu Bandar Raya Islam, Kelantan Darul Naim, Malaysia
Dulu aku bersekolah di Sekolah Kebangsaan Pendek dan Sekolah Kebangsaan Dewan Beta...seterusnya menuntut di SMU(A)Maahad Muhammadi Lelaki,Kota Bharu...kemudian menyambung pengajian di Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Pendidikan Islam(dulunya dikenali sebagai Institut Perguruan Islam Selangor.
"Suatu kebahagian diri yang tidak ada pertaliannnya dengan kebahagiaan orang lain adalah kebahagiaan palsu"
Rebat RM200
-
Bismillahirrahmanirrahim..
Assalammualaikum w.b.t.
Dalam Pembentangan Bajet 2013 Malaysia kali ini, Pakej Komunikasi Belia
yang merupakan salah satu proje...
peNambahbaiKKan
-
bismiLLah...
alhamduliLLah kerana kita masih lagi bernyawa dan bernafas tatkala membaca
kalam2 yg tertulis pada papan skrin lptp dll tika ini.
pihak kami ...
0 comments:
Post a Comment